Tentang Kami

Kami Bina Website, Tapi Fokus Kami Adalah Bisnes Anda

Di Arazy Resources, kami percaya setiap bisnes — kecil atau besar — layak ada website yang bukan sekadar cantik, tapi berfungsi untuk tarik pelanggan dan jana pendapatan.

Bermula sebagai seorang individu yang minat dalam dunia digital, kini kami telah membantu ramai pemilik bisnes, freelancer, dan syarikat korporat naikkan kehadiran online mereka melalui website yang laju, responsif dan mesra pengguna. Kami akan terus cuba memberikan servis yang memuaskan.

Apa Yang Kami Tawarkan

Website Bisnes Custom

Kami bina website khas untuk bisnes — bukan template copy-paste. Design ikut identiti brand, mobile-friendly, laju & senang pelanggan nak guna. Sesuai untuk peniaga, salon, restoran, servis rumah & banyak lagi.

Website eCommerce

Kami bantu anda setup kedai online guna WooCommerce — siap dengan sistem bayaran, stok produk, dan semua benda penting untuk mula jualan. Mudah, kemas, dan memang boleh mula terus.

Website One-Page

Kami buat landing page yang fokus pada satu objektif — sama ada untuk promote servis, kumpul leads, atau jual satu produk. Laju, ringkas, dan direct to the point. Sesuai untuk iklan berbayar juga.

Redesign Website Lama

Kami bantu upgrade design, susun semula content, dan pastikan website lebih pantas & mesra pengguna — supaya pelanggan anda stay dan teruskan action.

Maintenance & Support

Kami tawarkan servis penjagaan website — termasuk backup, update sistem, pantau keselamatan, dan tambah content bila perlu. Anda boleh fokus pada bisnes, kami jaga bahagian teknikal.

Misi Kami

Untuk bantu lebih ramai usahawan dan syarikat di Malaysia kuasai dunia digital, mula dari asas yang paling penting — website yang berkesan.