
Kalau korang tengah plan nak bina website sendiri — sama ada untuk bisnes, kedai online, atau portfolio peribadi — soalan pertama yang mesti muncul:
“Berapa bajet nak sediakan?” , “Berapa kos buat website sekarang ya?”
Jawapan paling tepat: “Bergantung pada jenis website & keperluan korang.”
Tapi jangan risau — artikel ni akan bantu korang faham anggaran harga, apa yang termasuk dalam kos tu, dan tips untuk pilih servis yang sesuai dengan bajet.
Isi Kandungan
Jenis-Jenis Website & Anggaran Harga (2025)
Jenis Website | Anggaran Harga (RM) | Keterangan |
One-page / Landing Page | RM500 – RM1,500 | Sesuai untuk promosi solo, freelance, ads |
Website Perniagaan (5–8 pages) | RM1,500 – RM5,000 | Untuk bisnes kecil/sederhana |
Kedai Online (eCommerce) | RM3,000 – RM10,000+ | Ada sistem bayaran, produk, cart & checkout |
Website Custom/Korporat | RM6,000 – RM20,000+ | Design & sistem ikut keperluan syarikat besar |
Nota: Harga berbeza ikut design, fungsi, jumlah halaman, dan siapa yang buat (freelancer vs agensi vs syarikat).
Apa Yang Termasuk Dalam Kos Buat Website?
Berikut antara perkara yang biasanya termasuk (atau perlu disediakan sendiri):
✅ Rekabentuk laman (custom atau guna template)
✅ Pembangunan (coding, setup CMS seperti WordPress)
✅ Domain & hosting (biasanya RM150–RM500 setahun)
✅ Borang nak berhubungi, integrasi WhatsApp, peta lokasi
✅ Responsive design (mesra telefon & tablet)
✅ SEO asas (title, meta, struktur URL)
✅ Latihan atau manual penggunaan (bergantung pakej)
Apa Yang Mungkin Tak Termasuk?
⚠️ Berikut antara perkara yang mungkin ada caj tambahan:
- Penulisan kandungan (copywriting)
- Gambar stok premium / shooting
- Sistem tempahan, CRM, live chat
- SEO advance / Google Ads setup
- Penyelenggaraan bulanan / kemaskini konten
Tips Pilih Servis Website Yang Berbaloi
Jangan cari yang paling murah — cari yang paling sesuai. Website korang adalah aset bisnes, bukan sekadar “hiasan”.
Tanya apa yang termasuk & apa yang tidak. Pastikan ada quotation jelas.
Lihat portfolio & testimoni. Penting untuk tahu gaya kerja & hasil sebelum buat keputusan.
Tahu apa tujuan utama website. Nak tarik pelanggan? Naikkan branding? Bantu sales? Tujuan mempengaruhi struktur & fungsi.
Kesimpulan
Harga untuk bina website di Malaysia pada tahun 2025 sangat fleksibel — boleh mula serendah RM999 hingga lebih RM20,000, bergantung pada jenis projek dan apa yang korang perlukan.
Yang penting, jangan anggap website sebagai kos semata-mata — ianya pelaburan jangka panjang untuk jenama dan bisnes korang berkembang.
Nak Sebutharga Percuma?
Kami sedia bantu korang rancang website ikut bajet & matlamat bisnes.
👉 Klik di sini untuk dapatkan quotation dalam masa 24 jam.
FAQ
-
Adakah saya perlu bayar setiap tahun selepas website siap?
Ya, tapi bukan untuk keseluruhan kos. Selepas website siap, biasanya anda hanya perlu bayar untuk:
Domain: RM50–RM80/tahun
Hosting: RM100–RM500/tahun bergantung pada prestasi & kapasiti
Maintenance (jika ada): RM100–RM300/bulan (jika anda ambil servis selenggara)
Kalau tak ambil maintenance, anda boleh urus sendiri — tapi pastikan tahu cara update plugin, backup, dan pastikan website kekal selamat. -
Kenapa harga website boleh jadi murah sangat atau mahal sangat?
Harga bergantung pada beberapa faktor utama:
Siapa yang buat: Freelancer biasanya lebih murah, agensi lebih mahal tapi lengkap.
Fungsi website: Lagi banyak fungsi (eCommerce, booking system, multilingual), lagi tinggi kos.
Custom vs template: Website custom ambil masa & kepakaran lebih — jadi kos pun lebih tinggi.
Pilih ikut bajet dan keperluan sebenar bisnes. Kalau bajet kecil, boleh mula dengan basic dan upgrade kemudian. -
Saya ada bajet bawah RM1,000 — boleh dapat website yang ok ke?
Boleh, tapi dengan had tertentu. Dengan bajet bawah RM1,000, anda mungkin dapat:
Website one-page atau landing page
Guna template asas
Fungsi simple: info perniagaan, borang hubungi, WhatsApp link
Tanpa SEO advance atau design custom
Untuk permulaan bisnes, ini sudah mencukupi. Nanti bila bisnes berkembang, anda boleh tambah fungsi atau upgrade ke versi yang lebih profesional.